SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025 [SEMAKAN TERKINI]
Bantuan MyKad Madani adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dalam membeli keperluan asas. Program ini dijalankan bersama Yayasan MyKasih, di mana bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima.
Penerima boleh menggunakan bantuan tersebut di premis yang mengambil bahagian dalam program MyKasih.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RM1200 2025 : SEMAKAN ONLINE
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara/MYKAD dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
GOLONGAN SASARAN
Bantuan ini melibatkan tiga kategori utama:
- Golongan Miskin Tegar – Penerima yang disenaraikan dalam kategori miskin tegar melalui sistem eKasih.
- Golongan Miskin Sederhana – Isi rumah yang berpendapatan rendah tetapi bukan dalam kategori miskin tegar.
- Golongan Asas Bukan Miskin – Kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun 2025 untuk membantu individu atau keluarga yang memerlukan sokongan tambahan.
KELAYAKAN
Penerima perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Tersenarai dalam sistem eKasih sebagai miskin/miskin tegar sehingga 31 Oktober 2023.
Bagi mereka yang belum berdaftar dengan e-Kasih, pendaftaran boleh dibuat di portal e-Kasih atau dengan hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
CARA MOHON E-KASIH 2025 ( https://portalpermohonan.my/permohonan-baru-ekasih-2025/)
PERMOHONAN BAHARU BANTUAN MYKAD
- Layari portal rasmi STR: bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik “Permohonan Baharu” dan isikan maklumat pemohon termasuk nombor MyKad dan butiran bank.
- Sahkan permohonan dan pastikan ia dihantar dengan lengkap.
SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD 2025
Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman rasmi bantuan kerajaan seperti portal Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my/) dengan memasukkan nombor MyKad tanpa sengkang. Anda juga boleh menyemak melalui portal MyKasih untuk maklumat lanjut.
TARIKH MULA BAYAR BANTUAN MYKAD 2025
Bantuan ini dijangka bermula pada April 2025 dan diteruskan setiap bulan sehingga Disember 2025 untuk memastikan penerima mempunyai sokongan sepanjang tahun.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Bantuan ini diberikan selama:
- 12 bulan (Januari–Disember) untuk golongan miskin/miskin tegar.
- 9 bulan (April–Disember) untuk golongan bukan miskin
TALIAN BANTUAN
Jika ada pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian bantuan MyKasih di (603) 7720 1800 atau melawat laman rasmi MyKasih.