SEMAKAN BANTUAN TUNAI RM1200 2025 : SEMAKAN ONLINE
Bantuan tambahan RM1,200 yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia adalah sebahagian daripada program sokongan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah.
Antara inisiatif utama yang menawarkan bantuan ini termasuk MySARA dan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Channel Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia Madani Terkini (STR 2025/MyKasih/eKasih/Sara dan juga bantuan terkini kerajaan 2025.Khas Bantuan B40 & M40! Join : PORTALPERMOHONAN |
BACA JUGA DI SINI : STR 2025 TARIKH PEMBAYARAN(SEMAKAN STATUS)
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN SARA RM1200
Sumbangan Asas Rahmah (SARA):
- Program ini memberi bantuan RM100 sebulan secara automatik selama 12 bulan melalui MyKad, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,200 setahun.
- Bantuan ini bertujuan membantu isi rumah miskin dan miskin tegar untuk menangani kos sara hidup.
- Syarat kelayakan termasuk penerima yang disenaraikan dalam data eKasih atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan yang layak di bawah kategori STR.
MYSARA 2025
Program ini menawarkan bantuan sehingga RM1,200 setahun kepada isi rumah berpendapatan rendah, termasuk bantuan tunai, subsidi pendidikan, dan akses kepada program sokongan seperti latihan kemahiran.
Pendaftaran dan kemas kini maklumat untuk program-program ini biasanya melalui sistem eKasih atau MyKad, bergantung pada inisiatif yang terlibat. Pembayaran dibuat secara berperingkat, dan penerima digalakkan memastikan data mereka tepat untuk melancarkan proses pengagihan bantuan.
CARA BANTUAN DISALURKAN
Penyaluran Bantuan Tambahan lazimnya berbeza bagi setiap negeri penerima :
- Penerima di Semenanjung Malaysia :
- Dikreditkan ke dalam kad pengenalan penerima secara ansur setiap bulan selama tempoh 12 bulan untuk pembelian barang keperluan asas tanpa tunai (cashless).
- Penerima di Sabah dan Sarawak :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerim atau diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur dua (2) kali setahun.
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2025
Untuk mengetahui nama sebagai penerima Bantuan Tambahan bernilai RM1,200 bagi sepanjang tahun 2025, ikuti cara SEMAKAN BANTUAN TUNAI RM1200 2025 :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 86XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Sekiranya semakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Pemohon’, semakan seterusnya boleh dibuat pada pautan di bawah :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-) contoh : 86XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
TALIAN BANTUAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]