SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI POLIS 2024 : SEMAK SEKARANG
Sebanyak RM32 juta agihan dividen diagihkan kepada 110,886 ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) pada Selasa.
KPDRM menerusi kenyataan memaklumkan nilai agihan terbabit melibatkan pengagihan dividen tahunan sebanyak 5.5 peratus atas modal yuran dan 7.0 peratus atas modal syer kepada keseluruhan anggota koperasi.
“Pengumuman agihan telah dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Koperasi PDRM Berhad pada hari ini di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
“Pengumuman terbabit juga bersempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) kali ke 89 yang dijalankan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
BACA JUGA DISINI : CARA MEMBUAT SEMAKAN SAMAN POLIS DAN JPJ
CARA BUAT SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI POLIS
Untuk membuat semakan dividen koperasi polis boleh dibuat melalui Portal https://www.kpd.com.my/.Sebelum itu pastikan anda sudah melakukan pendaftaran Koperasi Polis.
CARA REGISTER KOPERASI POLIS ONLINE
Untuk pendaftaran kali pertama, anda perlu melayari laman web KPD dan tekan pada pautan “KPD MyAhli” di sebelah kanan pada paparan laman utama. Sebelum mendaftar, pastikan anda merupakan ahli koperasi polis yang aktif.Untuk membuat semakan no ahli koperasi polis anda harus mendaftar terlebih dahulu.
- Setelah anda klik pada pautan “KPD MyAhli, anda akan di bawa ke sistem pendaftaran MyAhli Online seperti di bawah.
- Untuk pendaftaran kali pertama, klik pada pautan MyAhli Baru di sebelah kiri halaman tersebut.
- Anda perlu memasukkan nombor anggota dan nombor polis untuk menyemak tahap keaktifan anda sebagai ahli koperasi.
- Seterusnya, lengkapkan maklumat alamat untuk dihubungi dan klik daftar.
- Kata laluan sementara akan dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon yang telah anda daftar.
CARA LOGIN KOPERASI POLIS
Setelah mendaftar dan medapatkan kata laluan, anda sudah boleh log masuk ke dalam sistem MyAhli Online.
- Layari laman web https://www.kpd.com.my/ dan tekan pada pautan “KPD MyAhli” di sebelah kanan pada paparan laman utama.
- Masukkan nama anggota dan kata laluan sementara anda di bahagian “Ahli Sediada” yang terletak di sebelah kiri atas halaman utama MyAhli Online.
- Setelah Berjaya log masuk myahli online, anda boleh menukar kata laluan dan mengakses maklumat seperti profil myahli online, penyata, menyemak dividen dan memuat turun borang-borang berkaitan.
CARA BUAT SEMAKAN NO AHLI KOPERASI POLIS
Sebelum buat semakan no ahli koperasi polis anda boleh mendaftar dalam sistem MyAhli KPDRM, anda perlu memastikan terlebih dahulu bahawa anda merupakan ahli KPDRM yang telah berdaftar.
Ini boleh anda pastikan dengan buat semakan no ahli koperasi polis sebelum membuat pendaftaran kali pertama.
- Layari laman web KPD PORTAL dan tekan pada pautan “KPD MyAhli” di sebelah kanan pada paparan laman utama.
- Setelah anda klik pada pautan “KPD MyAhli, anda akan di bawa ke sistem pendaftaran MyAhli Online.
- Untuk pendaftaran kali pertama, klik pada pautan MyAhli Baru di sebelah kiri halaman tersebut.
- Anda perlu memasukkan nombor anggota dan nombor polis untuk menyemak nombor keahlian koperasi anda. Maklumat keahlian koperasi anda akan terpapar.
KELEBIHAN KOPERASI POLIS
KPDRM meneyediakan tiga perkhidmatan utama kepada ahli yang berdaftar iaitu insentif pelajaran, pembiayaan dan insuran.
INSENTIF PELAJARAN KOPERASI POLIS
KPDRM menyediakn insentif pelajaran kepada anggota dan juga anak-anak anggota di atas pencapaian cemerlang mereka dalam pendidikan.
Insentif ini diberi seawal penddikan rendah sehingga ke ijazah sarjana muda dan ke atas.
Syarat dan kelayakan
- Terbuka untuk anggota koperasi dan anak-anak mereka sahaja
- Anggota yang bujang
- Ibu bapa/penjaga dan anggota yang membuat permohonan mestilah merupakan anggota yang telah mendaftar 5 tahun berturut-turut sejak dari pendaftaran pertama. Bagi anggota yang mendaftar untuk kali kedua pula adalah 3 tahun berturut-turut.
- Anggota yang berhenti menjadi ahli kerana bersara atau meninggal dunia, anak-anak mereka layak untuk memohon manakala anggota yang berhenti kerana sebab-sebab peribadi tidak layak untuk memohon insentif ini
- Insentif ini terbuka kepada pelajar cemerlang yang menepati syarat-syarat kelayakan semasa.
- Untuk pengajian tinggi pula, hanya pelajar tahun akhir sahaja yang layak memohon. Bermakna, pelajar tersebut sekurang-kurangnya telah mendapat pengesahan kelulusan bahawa dia akan memperoleh ijazah atau diploma dan tamat pengajian pada tahun semasa.
- Bagi pelajar di Institut Pengajian Tinggi Swasta, mereka perlu mendapatkan pengesahan atau pengiktirafan daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
- Bayaran hanya diberi sekali sahaja bagi setiap kategori.
- Permohonan ditutup selepas tiga bulan keputusan diumumkan.
- Berikut merupakan jadual kadar terbaru insentif pelajaran:
PEPERIKSAAN | KEPUTUSAN AKADEMIK | KADAR INSENTIF |
UPSR | 4A 2B | 100.00 |
PT3 | 5A 3B | 150.00 |
SPM | 5A 3B | 200.00 |
STPM | CGPA 3.00 KE ATAS | 300.00 |
MATRIKS | CGPA 3.00 KE ATAS | 300.00 |
PEPERIKSAAN | KEPUTUSAN AKADEMIK | KADAR INSENTIF |
DIPLOMA | CGPA 3.00 KE ATAS | 400.00 |
IJAZAH KE ATAS | CGPA 3.00 KE ATAS | 500.00 |
PEMBIAYAAN PERIBADI KOPERASI POLIS
PEMBIAYAAN PERIBADI TANPA PENJAMIN KOPERASI POLIS
Produk ini merupakan pembiayaan tanpa cagaran yang menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM150,000.00.
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 10 tahun dengan kadar keuntungan tetap.
Produk ini juga merupakan produk pembiayaan yang patuh syariah dan berlandaskan konsep Tawarruq.
PEMBIAYAAN PERIBADI BERPENJAMIN KOPERASI POLIS
Produk ini merupakan pembiayaan peribadi berpenjamin yang menawarkan jumlah pembiayaan yang mana lebih rendah antara RM10,000.00 atau 12 bulan gaji tambah yuran.
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun dengan kadar keuntungan tetap.
Produk ini juga merupakan produk pembiayaan yang patuh syariah dan berlandaskan konsep Tawarruq.
PEMBIAYAAN EKSPRES
Sesuai dengan nama, produk ini menawarkan pembiayaan peribadi yang mudah lulus dengan jumlah pembiayaan adalah antara RM1000 hingga RM2000 sahaja.
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 1 tahun dengan kadar keuntungan tetap.
Produk ini juga merupakan produk pembiayaan yang patuh syariah dan berlandaskan konsep Tawarruq.
PEMBIAYAAN ASBi-KOP
Pembiayaan ini merupakan sebuah pembiayaan yang menawarkan peluang kepada anggota untuk menyertai program ASBi-KOP.
Produk ini menawarkan tiga pilihan pembiayaan dengan nilai pelaburan yang berbeza.
Jumlah pembiayaan yang diluluskan akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Muamalat pemohon sebagai modal untuk menyertai program pembiayaan berkaitan pelaburan ini.
Jadual pembiayaan dan nilai pelaburan adalah seperti berikut:
JUMLAH PINJAMAN | NILAI PELABURAN |
RM5250.00 | RM35000.00 |
RM10500.00 | RM70000.00 |
RM21000.00 | RM140000.00 |
PEMBIAYAAN KONSUMER
Ini adalah produk pembiayaan yang menyediakan dana kepada pemohon untuk membeli barangan pengguna.
Anggota boleh melanggan pembiayaan ini berkali-kali dengan syarat jumhlah maksimum terkumpul tidak melebihi RM50000.00 pada satu-satu masa.
Tempoh pembiayaan adalah berbeza mengikut jumlah pembiayaan seperti jadual di bawah:
JUMLAH PINJAMAN | TEMPOH PEMBIAYAAN |
RM7000 | 36 Bulan |
RM7001 | 60 Bulan |
RM10001 hingga RM50000 | 120 Bulan |
INSURAN KOPERASI POLIS
Bagi melindungi anggota dan ahli Koperasi, KPDRM menyediakan dua skim takaful iaitu Skim Takaful Manfaat Kemalangan dan Kematian Berkelompok serta Skim Takaful Manfaat Penghospital Berkelompok
Skim Takaful Manfaat Kemalangan dan Kematian Berkelompok
- Skim ini menawarkan enam pelan takaful dengan sumbangan serendah RM144 sehingga RM828 setahun.
- Anggota yang berumur 3 bulan hingga 69 tahun layak untuk memohon perlindungan sehingga usia 70 tahun.
- Skim ini menawarkan perlindungan kepada pesertanya sekiranya berlaku kematian secara semula jadi atau akibat kemalangan.
- Ia juga melindungi ahli apabila berlaku kehilangan upaya sama ada hilang upaya kekal, sementara, menyeluruh atau sebahagian.
- Malah ia juga menyediakan elaun penghospitalan sehingga 30 hari dan bayaran pengurusan kematian.
Skim Takaful Manfaat Penghospital Berkelompok
- Skim ini menawarkan 3 pelan takaful kepada anggota, pasangan dan juga anak anggota tersebut.
- Melalui skim ini, para peserta tidak perlu risau akan kos rawatan perubatan dan penghospitalan.
- Ini kerana skim ini melindungi segala kos perubatan dan penghospitalan seperti bilik dan katil, pembedahan, khidmat nasihat pakar perubatan, rawatan unit rawatan rapi dan pesakit luar, melahirkan anak, kos ambulan, dan rawatan kanser serta dialisis buah pinggang.
- Peserta yang berumur 18 hingga 70 tahun adalah layak untuk memohon skim ini bagi mendapatkan perlindungan sehingga 71 tahun.
- Pelan 1 menyediakan jumlah perlindungan sebanyak RM50000.00
- manakala jumlah perlindungan pelan 2 adalah RM80000.00
- dan akhir sekali pelan 3 dengan jumlah perlindungan sehingga RM100000.00.
- Para peserta boleh melanggan skim ini dengan bayaran serendah RM43.47 sebulan.
SOALAN LAZIM MENGENAI SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI POLIS 2024
Apakah maklumat yang terdapat dalam Myahli Online PDRM?
Maklumat yang terdapat dalam Myahli adalah:
- Profil Anggota
- Penyata Anggota
- Semakan dividen
- Muat turun Borang
- Bagaimana jika saya terlupa kata laluan Myahli Online PDRM?
Sekiranya anda terlupa kata laluan, hubungi talian 03-2260 8999 / 03-2260 8888
Apakah tujuan daftar MyAHLI Online PDRM?
Tujuan pendaftaran Myahli adalah memudahkan ahli mengetahui maklumat berkenaan jumlah yuran, maklumat insurans, maklumat pinjaman dan lain-lain kemudahan termasuk memuat turun borang untuk urusan berkaitan kpd
MAKLUMAT LANJUT
HOTLINE KPDRM
Segala urusan rasmi, sila emel di alamat berikut atau hubungi kami
📞 03-2260 8888 📞 03-2260 8999 ✉️ [email protected]