SEMAKAN KEMASUKAN IKM [TERKINI](Semakan Online Sesi 2025)
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan.
Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera, Bumiputera Sabah atau Sarawak.
SENARAI KURSUS KKTM,MJII & IKM
- Minyak & Gas (Oil & Gas)
- Mekanikal Servis (Mechanical Services)
- Mekanikal Pembuatan (Mechanical Manufacturing)
- Pemprosesan Bahan (Materials Processing)
- Elektrik (Electrical)
- Bioteknologi (Biotechnology)
- Automotif (Automotive)
- Elektronik (Electronic)
- Awam (Civil Engineering)
- Alam Bina (Built Environment)
- Bioperubatan (Biomedic)
CARA MOHON
- Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang TVET MARA https://www.tvetmara.edu.my/ serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) http://apponline.mara.gov.my/Spupim_1 bermula 01 Oktober 2024 sehingga 15 November 2024.
- Calon dibenarkan mendaftar dan mengemaskini maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Calon perlu menghantar salinan dokumen yang berkaitan ke alamat [email protected]
- Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut (yang berkaitan sahaja) :
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Sijil Vokasional
- Sijil Kompeten
- Sijil Lahir
- Sijil Kemahiran yang berkaitan dari ILKA/ILKS
- Transkrip peperiksaan setiap semester
- Sijil Tamat Belajar Kolej Vokasional
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3
CARA MOHON MELAUI UP_TVET (Online)
- Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang UP_TVET https://mohon.tvet.gov.my/ bermula 01 Oktober 2024 sehingga 15 November 2024.
- Panduan mengisi permohonan, Sila muat turun Manual Pengguna : https://mohon.tvet.gov.my/manual/permohonan_uptvet_siri_perdana_2025.pdf
TARIKH SEMAKAN KEMASUKAN IKM
- Semakan keputusan ke KKTM, MJII dan IKM bagi Sesi Januari 2025 akan diumumkan melalui laman sesawang TVET MARA di https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/ pada 25 November 2024.
- Bagi calon yang TIDAK BERJAYA, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui SPUPIM bermula 25 November 2024 sehingga 02 Disember 2024.
- Semakan keputusan rayuan ke KKTM, MJII dan IKM boleh dibuat bermula 09 Disember 2024 sehingga 13 Disember 2024 di laman sesawang https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/ selepas jam 03.00 petang.
BACA JUGA DI SINI : PERMOHONAN RAYUAN IKM (Permohonan Online,Semakan Keputusan & Tarikh Rayuan)
SEMAKAN UP TVET
- Semakan tawaran dan penerimaan melalui UP_TVET adalah bermula 18 November 2024.
- Calon boleh membuat penerimaan tawaran di laman web UP_TVET bermula 25 November 2024.
- Bagi calon yang TIDAK BERJAYA, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui UP_TVET di laman sesawang bermula 09 Disember 2024 sehingga 17 Januari 2025.
SEBARANG PERTANYAAN
Sila hubungi pegawai-pegawai berikut :
- Puan Nur Aliya (03-26134589) [[email protected]]
- Puan Fauzilah (03-26134598) [[email protected]]
- Puan Aida (03-26134605) [[email protected]]
- Puan Norasmah (03-26134581) [[email protected]]