SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU : SEMAK DI SINI
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata seramai 8,195 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 187 pusat di seluruh negara.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kenyataan media KPM dan cara membuat semakan online keputusan SPMU 2024.
BACA JUGA DI SINI : SEMAKAN PERMOHONAN UPU ONLINE : SEMAK DI SINI
APA ITU SPMU?
KPM memberi peluang kedua untuk mengulang kertas SPM sebagai calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.
Menurut Lembaga Peperiksaan Kebangsaan, jika anda fikir SPM telah memperoleh sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan E-level (tahap terendah) dalam mata pelajaran sejarah.
CARA MOHON SPMU
Pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan lazimnya akan dibuka selepas pengumuman keputusan SPM.
Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya.Cara mendaftar bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Pendaftaran SPMU – Pendaftaran secara online melalui portal PEPERIKSAAN SPM ULANGAN MOHON.
- Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Jabatan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri terdekat semasa waktu pejabat.
- Bayaran untuk calon adalah RM32. Calon mesti membayar JPN atas nama pengarah peperiksaan / pendidikan negeri tempat kiriman wang / pesanan pos didaftarkan.
- Selain borang pendaftaran dan pembayaran calon SPMU, dokumen yang perlu dibawa termasuk salinan sijil SPM (untuk calon berulang), salinan kad pengenalan / pasport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU / sijil doktor (jika berkenaan), pos Sampul surat sampul surat dan 4 setem.
- Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785.
SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian mulai pukul 10.00 pagi pada Selasa, 1 Oktober 2024.
Berikut adalah 2 cara untuk membuat semakan keputusan / slip peperiksaan calon:
I) SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE
Semakan keputusan SPMU boleh dibuat melalui pautan SEMAK KEPUTUSAN SPMU DI SINI untuk mendapatkan keputusan penuh.
II) SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI SMS
Semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMU>NoKP>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
*Sistem ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 1 Oktober 2024.
CETAKAN SLIP PEPERIKSAAN SPMU
Rujuk manual yang di sediakan di bawah :
SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPMU
Penyemakan semula keputusan dan Kes T Peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia Ulangan (SMPU) 2024 boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
MAKLUMAT LANJUT
ALAMAT KEMENTERIAN
Kementerian Pendidikan Malaysia, Blok E8, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 W.P. Putrajaya, Malaysia
Telefon : 03-8000 8000
E-mel : [email protected]