SEMAKAN MYKID ONLINE : MUDAH DAN PANTAS [SEMAK DI SINI]
Berita baik buat ibubapa yang belum mendaftar untuk anak-anak,pendaftaran untuk orang awam kini dibuka.
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
Ibu bapa boleh membuat permohonan MyKid di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda. Ibu bapa atau penjaga hanya perlu membawa bersama surat lahir yang asli dan mengisi borang yang berkaitan di pejabat pendaftaran.
Selepas permohonan dibuat, ibu bapa perlu menunggu beberapa hari sebelum MyKid anak-anak anda disiapkan. Walaubagaimana waktu menunggu untuk MyKid disiapkan juga bergantung kepada keadaan semasa Jabatan Pendaftaran yang ibu bapa daftarkan.
Dalam tempoh itu, ibu bapa boleh membuat semakan tentang status MyKid anak-anak anda secara atas talian.
Kami kongsikan di bawah tentang cara-cara untuk membuat semakan MyKid 2024.
BACA JUGA DISINI : BORANG PERMOHONAN MYKID : RUJUK DISINI
SEMAKAN PERMOHONAN MYKID
Kaedah semakan MyKid 2024:
- Layari SEMAKAN MYKID.
- Masukkan nombor MyKid anak anda beserta kod captch seperti yang dipaparkan
- Status akan dipaparkan untuk pemberitahuan sama ada MyKid telah siap dan boleh diambil di JPN ataupun masih dalam proses.
KELEBIHAN MYKID
Terdapat beberapa kelebihan apabila ibu bapa menggunakan MyKid untuk anak-anak anda:
- Mengurangkan pengunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan dan swasta
- Lebih mudah digunakan sewaktu berurusan dengan jabatan atau agensi seperti hospital/klinik bagi tujuan pemeriksaan Kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
- Mudah dibawa kerana bersaiz kecil berbanding surat lahir
- Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelakkan penyalahgunaan
- Mempunyai teknologi cip yang mana maklumat boleh dibaca melalui kad dan mudah untuk dikemaskini
- Bentuk cantik dan menarik
- Tahan lasak berbanding surat lahir yang mudah koyak dan berlipat-lipat.
CARA MOHON MYKID
Disini disediakan cara untuk memohon MyKID.Untuk pengetahuan umum,semua permohonan MyKid perlu dilakukan di semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Setakat ini permohonan MyKid Online masih belum dipraktikkan lagi.
Tarikh permohonan bermula 27 Julai 2024 di semua pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan My Kid:
- Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
- Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
- Salinan IC bapa
- Salinan IC ibu
- Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
BORANG PERMOHONAN MYKID
Untuk makluman umum,borang untuk membuat permohonan atau semua borang yang berkaitan dengan permohonan MyKid,pemohon haruslah mendapatkannya di kaunter Jabatan Pendaftran Negara (JPN).
TEMPOH SEMAKAN MYKID 2024
Tempoh semakan dan pengesahan adalah bermula 29 Julai – 31 Oktober 2024 iaitu selama 3 bulan sahaja.
Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
SISTEM PENGESAHAN CETAKAN MYKID
Sistem ini adalah untuk mendapatkan PENGESAHAN pemohon bagi cetakan MyKid yang dimohon pada tahun 2023 dan ke bawah.
- Penukaran pusat kutipan MyKid adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Tempoh pengesahan 29 Julai hingga 31 Oktober 2024
NOTA: Bagi permohonan baru, sila ke kaunter JPN berhampiran anda dengan membawa sijil kelahiran anak dan kad pengenalan asal anda.
CARA SEMAK STATUS MYKID ONLINE
Bagi yang telah memohon sebelum ini dan mempunyai resit permohonan, pemohon perlu membuat pengesahan melalui Sistem Pengesahan Cetakan dalam tempoh tiga (3) bulan bermula 29 Julai 2024 – 31 Oktober 2024.
Selepas tempoh tersebut, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula. Pautan sistem : spcmykid
Ikuti penjelasan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang permohonan dan kutipan MyKid bagi status berikut:
- Sudah buat permohonan MyKid (ada slip) – Status : Sedia diambil
- Sudah buat permohonan (ada slip) – Status : Dalam proses – perlu buat semakan untuk pengesahan cetakan MyKid
- Sudah ada sijil lahir tetapi belum pernah memohon MyKid – Status : Perlu datang untuk buat permohonan di JPN
- Pendaftaran kelahiran baharu – Buat pendaftaran kelahiran & buat permohonan MyKid di JPN
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut : Jabatan Pendaftaran Negara.
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan P