SEMAKAN PERMOHONAN GURU MARA : SEMAK DI SINI

SEMAKAN PERMOHONAN GURU MARA : SEMAK DI SINI

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa
dan Wilayah (KKDW), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti,
mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta
komited. Mereka yang memiliki ciri-ciri tersebut dipelawa untuk menyertai perkhidmatan
sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN RAYUAN PDPP 2024 : MOHON DISINI

PERMOHONAN GURU MARA

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred Jawatan : DG41
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Minimum : RM2,188.00
Gaji Maksimum : RM9,552.00
Penempatan : Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta sebarang pindaan yang
dibuat dari semasa ke semasa.

GURU MARA PERMOHONAN (OPSYEN SUBJEK)

  1. Bahasa Inggeris
  2. Bahasa Melayu
  3. Bimbingan dan Kaunseling
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Geografi
  7. Herba dan Hasilan Semula Jadi
  8. Keusahawanan
  9. Kimia
  10. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  11. Kejuruteraan Mekanikal
  12. Kewangan dan Perbankan Islam
  13. Matematik
  14. Media
  15. Pendidikan Islam
  16. Pendidikan Islam (Tahfiz)
  17. Pendidikan Jasmani dan
  18. Pendidikan Kesihatan
  19. Pengajian Malaysia
  20. Pengurusan Perniagaan
  21. Perakaunan
  22. Psikologi
  23. Reka Bentuk dan Teknologi
  24. Reka Bentuk Grafik
  25. Sains Kejuruteraan
  26. Sains Komputer
  27. Sejarah
  28. Seni Reka

SYARAT PERMOHONAN GURU MARA

Disini disertakan manual permohonan :

CARA MEMOHON GURU MARA

Orang awam yang ingin menjadi guru MARA, boleh memohon jawatan tersebut dengan mengikut langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari laman web MARA.
  2. Sebelum mula memohon, anda perlu melihat syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu di iklan jawatan di atas.
  3. Untuk permohonan baru, sila klik pada butang [Permohonan Baru].
  4. Masukkan no. kad pengenalan yang betul.
  5. Kemudian, tekan [Mohon].
  6. Isi ruangan kosong dengan maklumat yang betul dan tepat.
  7. Selesai mengisi maklumat yang diminta, semak semula untuk memastikan data yang diberikan tidak palsu. Pemohon hanya boleh membuat permohonan SEKALI SAHAJA.
  8. Kemudian, tekan [Hantar].
  9. Selesai.

TARIKH PERMOHONAN GURU MARA

Permohonan jawatan guru MARA telah dibuka pada 2 Ogos 2024 dan akan ditutup pada 23 Ogos 2024 (11.59 malam).

SEMAKAN PERMOHONAN GURU MARA

Semakan permohonan guru mara boleh di buat melalui pautan ini.Tarikh semakan permohonan guru mara akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Pautan semakan : SEMAKAN PERMOHONAN GURU MARA

MAKLUMAT LANJUT

Iklan jawatan dipetik daripada Portal Rasmi MARA. Sebarang kemusykilan dan maklumat lanjut, boleh terus rujuk pihak MARA melalui:

Portal Iklan Jawatan MARA : IKLAN PERMOHONAN
Talian utama MARA : 03-2613 2000
E-mel : [email protected]

Leave a Comment