SEMAKAN STR FASA 4 : SEMAK DISINI
Rakyat Malaysia telah dikhabarkan dengan berita baik oleh kerajaan iaitu bantuan belanjawan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 telah diperkenalkan. Wang bantuan ini diberikan mengikut kategori yang sesuai dan diagihkan secara berperingkat sekiranya permohonan diluluskan.
Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran telah diberikan kepada penerima yang layak dan lulus permohonan.
Bayaran STR Fasa 4 akan diagihkan tidak lama lagi. Jangkaan wang diagihkan adalah pada bulan Disember 2024.
Bagaimanakah semakan bantuan STR FASA 4 2024? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA DISINI : CARA LOGIN STR
SEMAKAN STR FASA 4
Cara-cara untuk semak bantuan STR Fasa 4 2024 adalah seperti berikut:
- Sila tekan pautan rasmi SUMBANGAN TUNAI RAHMAH.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Pemohon perlu Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
Berikut merupakan dua (2) cara bayaran STR:
- Kreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Tunai di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
- bagi pemohon yang tidak mempunyai maklumat akaun bank.
- status pengkreditan mereka tidak aktif.
LUPA KATA LALUAN STR
Sekiranya pemohon mengalami masalah lupa kata laluan STR, pemohon boleh ikuti cara seperti di bawah:
- Layari laman web STR di pautan SUMBANGAN TUNAI RAHMAH.
- Masukkan No. MyKad seperti biasa.
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak].
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
- Klik butang [Seterusnya].
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya].
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya].
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang [Tukar Kata Laluan].
- Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 2024, boleh hubungi pihak bertanggungjawab di:
Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel Rasmi : [email protected]