SEMAKAN TAWARAN PDPP 2024 : SEMAK DI SINI
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2024.
TARIKH SEMAKAN TAWARAN PDPP 2024
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) 2024
Anda boleh menyemak keputusan tawaran mulai 25 September 2024 (tertakluk kepada perubahan). Anda dinasihatkan untuk menyemak Tarikh-tarikh penting PDPP 2024 dari semasa ke semasa.
CALON BOLEH MEMBUAT SEMAKAN PADA 25 SEPTEMBER 2024 (RABU) BERMULA
JAM 3.00 PETANG
SEMAKAN TAWARAN PDPP 2024
Anda boleh menyemak keputusan tawaran di laman sesawang PDPP : SEMAKAN TAWARAN PDPP 2024
RAYUAN PDPP 2024
E-RAYUAN PDPP
Bagi pemohon yang gagal atau permohonan ditolak disebabkan beberapa perkara berikut :
- Kegagalan mengemukakan salinan dokumemen menyebabkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
- Sekiranya tiada pilihan kluster yang bersesuaian dengan Ijazah Sarjana Muda anda TIDAK LAYAK memohon bidang yang ditawarkan.
Pemohon yang gagal diberi peluang untuk membuat rayuan.Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan rayuan :
- Permohonan rayuan pdpp 2024 boleh dibuat di e-rayuan pdpp selepas keputusan permohonan dikeluarkan.
- Rayuan boleh dibuat SECARA DALAM TALIAN SAHAJA menerusi butang e-Rayuan di laman sesawang PDPP: Permohonan Rayuan (e-Rayuan). Rayuan yang dibuat selain daripada kaedah di atas tidak akan dipertimbangkan.
SOALAN LAZIM
- Adakah saya akan ditawarkan bidang yang bukan menjadi pilihan saya semasa permohonan?
- YA. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berhak menawarkan bidang selain daripada permohonan calon sekiranya memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan.
- Bolehkah saya menolak tawaran?
- BOLEH. Anda boleh memilih untuk menolak tawaran.
- Bolehkah saya menukar program atau bidang pengajian setelah menerima tawaran?
- TIDAK. Anda tidak dibenarkan menukar program atau bidang pengajian kerana tawaran adalah muktamad.
- Bolehkah saya menukar tempat pengajian?
- Tempat pengajian yang ditawarkan adalah muktamad. Anda tidak dibenarkan menukar tempat pengajian yang ditetapkan.
- Adakah dibenarkan untuk menangguh pendaftaran?
- Tarikh pendaftaran yang ditetapkan adalah muktamad. Anda tidak boleh menangguh pendaftaran.
- Adakah tawaran saya boleh dibatalkan?
- YA. Tawaran anda boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya KPM mendapati anda memalsukan maklumat semasa pemohonan.
- Adakah saya perlu membayar yuran pengajian PDPP?
- TIDAK. Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM dan pelajar akan diberi elaun sara hidup pada kadar RM430 setiap bulan selama satu tahun pengajian. Sila rujuk Maklumat Tambahan pada iklan untuk mendapatkan maklumat lengkap.
MAKLUMAT LANJUT
Pertanyaan berkaitan Program ini. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan teknikal:
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
No Fax : 03-8312 6655