SKAS SARAWAK (Permohonan Online/Semakan Status/Jumlah Bantuan)

SKAS SARAWAK (Permohonan Online/Semakan Status/Jumlah Bantuan)

TERKINI : Sarawak umum Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800.

Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan inisiatif baharu bantuan kewangan dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

BACA JUGA DI SINI : STR 2025 KEMASKINI ONLINE : KEMASKINI DAN BUAT SEMAKAN STATUS DI SINI

APA ITU SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi golongan berpendapatan rendah,kerajaan Sarawak memperkenalkan initiatif terbaru iaitu Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) dengan peruntukan RM450 juta.

Mengulas lanjut, katanya SKAS dengan peruntukan RM450 juta pada tahun hadapan akan memanfaatkan kira-kira 850,000 penerima.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK

Penerima yang layak adalah warga Sarawak yang menetap di Sarawak.

Jumlah bantuan dan kelayakan adalah seperti berikut:

  • Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800
  • Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400;
  • Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250
  • Bantuan ini akan membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.

JUMLAH BAYARAN SKAS

  • Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800
  • Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400;
  • Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250

CARA MOHON SKAS SARAWAK

SKAS SARAWAK PERMOHONAN/Permohonan SKAS akan dikemaskini dari semasa ke semasa.Pemohon haruslah sentiasa melayari https://portalpermohonan.my/ untuk mengetahui berita permohonan terkini.

TARIKH BAYARAN SKAS

Tarikh bayaran bantuan belum dimaklumkan. Ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat Lanjut Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
Untuk mendapatkan info terkini mengenai bantuan ini, sila rujuk saluran berikut:

Facebook TVS atau Tiktok TVS
Laman web rasmi https://www.tvsarawak.my/
Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
Sarawak Awareness Group

2 thoughts on “SKAS SARAWAK (Permohonan Online/Semakan Status/Jumlah Bantuan)”

Leave a Comment