STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA (SEMAKAN STATUS)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 adalah bantuan di bawah Belanjawan Madani 2024 untuk meringankan beban kos barangan asas rakyat Malaysia, khususnya golongan miskin dan miskin tegar. Bantuan ini adalah lanjutan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan disalurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui MyKad penerima.
Baca Juga : BORANG PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA 2025 : MUAT TURUN
KATEGORI DAN KADAR BANTUAN SARA
Kategori dan Kadar Bantuan:
KATEGORI | KADAR BANTUAN (SEMENANJUNG) | KADAR BANTUAN (SABAH/SARAWAK) |
1.Isi rumah dan warga emas tiada pasangan (miskin/miskin tegar) | RM100 sebulan (Jumlah Rm1200 setahun) | RM600 (Dua kali setahun) |
2. Golongan bujang (miskin/miskin tegar) | RM50 sebulan (Jumlah Rm600 setahun) | RM300 (Dua kali setahun) |
3. Bantuan One Off (Bukan miskin/miskin tegar)
KATEGORI | KADAR BANTUAN |
Isi rumah | Rm300 |
Bujang dan warga emas tiada pasangan | Rm150 |
CARA GUNA SARA
Dana SARA digunakan melalui MyKad untuk pembelian barang keperluan asas di kedai runcit yang terlibat, seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus Stores, dan pasar mini bebas.
Barangan yang boleh dibeli termasuk makanan (beras, minyak, roti), produk kebersihan, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan.
TARIKH DAN KAEDAH PEMBAYARAN
Pembayaran bermula pada 22 Januari 2024 (Semenanjung) dan 19 Februari 2024 (Sabah, Sarawak & Labuan).
Bantuan disalurkan terus ke akaun bank atau MyKad penerima setiap bulan (atau dua kali setahun di kawasan tertentu).
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Penerima STR 2024 (kategori isi rumah, bujang, atau warga emas).
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih hingga 31 Oktober 2023.
CARA SEMAK STATUS SARA
Untuk menyemak status Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024, anda boleh melakukannya melalui portal rasmi yang disediakan. Berikut adalah langkah dan maklumat penting mengenai program ini:
- Portal Rasmi STR
Layari laman web bantuantunai.hasil.gov.my. - Portal MyKasih
Kunjungi laman mykasih.com.my untuk maklumat lanjut.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Baki SARA boleh disemak melalui laman rasmi SARA atau MyKasih.
Untuk pembelian, penerima hanya perlu menunjukkan MyKad di kedai runcit terlibat.
Maklumat tambahan boleh diperoleh melalui talian LHDN di 1-800-88-2747 atau melalui emel yang tertera di laman portal rasmi.