STR 2025 DAFTAR ONLINE : STR 2025 MOHON
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah di buka sepanjang tahun.Bagi pemohon kali pertama boleh buat permohonan di pautan yang disediakan PORTALPERMOHONAN.MY.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dahulu dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia, menyediakan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada golongan individu dan isi rumah B40 dan M40, dan warga emas.
BACA JUGA DI SINI : STR KEMASKINI 2025 : KEMASKINI STR 2025 ONLINE
PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dan akan terus ditambah baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.
STR 2025 DAFTAR ONLINE
Di sini disediakan panduan mudah untuk anda membuat permohonan STR 2025. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan proses permohonan berjalan lancar:
- Sila kunjungi laman web rasmi di SUMBANGAN TUNAI RAHMAH.
- Klik pada pautan permohonan baharu STR 2025.
- Isi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan benar.
- Pastikan anda mengesahkan maklumat yang telah diisi sebelum menghantar permohonan.
- Setelah selesai, klik Hantar untuk menyelesaikan proses permohonan anda.
- Sila layari PANDUAN PENGGUNA sebagai rujukan untuk proses permohonan secara online.
BORANG PERMOHONAN STR 2025
Kami juga menyediakan borang permohonan STR 2025 untuk dimuat turun :
TARIKH TUTUP PERMOHONAN STR 2025 FASA 1
- Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.
- Kepada yang belum kemas kini 3 tahun berturut-turut perlu kemas kini permohonan STR 2025.
CARA SEMAK STATUS STR 2025
Bagi mereka yang ingin mengetahui status permohonan, berikut merupakan cara untuk melakukan semakan:
- Layari SUMBANGAN TUNAI RAHMAH sekali lagi.
- Pilih MySTR dari menu.
- Masukkan kata laluan anda untuk akses.
- Anda akan dapat semak status pemohonan anda daripada laman yang dipaparkan.
- Seluruh proses permohonan tahun ini akan dibuka sepanjang tahun, memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memohon jika belum berkesempatan.
SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON STR 2025
Untuk menjamin permohonan anda diperiksa dengan cermat, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Tidak memiliki rekod permohonan dalam sistem STR sebelum ini.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.
- Bagi pemohon bujang tanpa pasangan, pendapatan bulanan mesti RM2,500 atau kurang.
- Pada keseluruhannya, inisiatif STR adalah usaha kerajaan dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui bantuan kewangan. Jadi, ambil langkah hari ini dengan mengikuti panduan dan syarat-syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan. Bergabunglah bersama ribuan rakyat Malaysia yang telah mendapat manfaat daripada program ini.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :
Nombor untuk Dihubungi
Portal Rasmi STR LHDNM: Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.
Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya