TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF : SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan kepada 8 juta semua penerima STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin).
Namun begitu, masih ramai yang belum mengetahui sama ada mereka layak atau tidak menerima bantuan tambahan ini. Anda boleh mula membuat semakan di laman portal rasmi STR dan MySARA.
Anda juga digalakkan untuk membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat permohonan bagi melancarkan proses pembayaran.
Disertakan maklumat lanjut mengenai semakan bantuan MySARA untuk rujukan anda.
Bagaimanakah semakan status bantuan MySARA 2024 online? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA DI SINI : STR 2025 KEMASKINI ONLINE : KEMASKINI DAN BUAT SEMAKAN STATUS DI SINI
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai SARA merupakan bantuan tambahan kepada penerima yang lulus STR dimana wang secara TANPA tunai akan dikreditkan melalui MyKad pemohon mengikut Nombor MyKad yang didaftarkan dalam sistem.
Pengkreditan ke MyKad adalah bertujuan membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di kedai runcit secara tanpa tunai.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.
JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP 2024
Kadar bantuan tambahan SARA 2024 kepada penerima STR adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN (RM) SETAHUN |
ISI RUMAH | RM 300 |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM 150 |
BUJANG | RM 150 |
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
BANTUAN SARA ONE OFF RM600 BERMULA 9 DISEMBER 2024.Bayaran bantuan MySARA kepada penerima STR bukan miskin, dan miskin tegar akan dilakukan secara berperingkat bermula 9 Disember 2024 (Isnin).
CARA BAYARAN SARA ONE OFF
Kaedah bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Bagi penerima Semenanjung Malaysia:
- Pembayaran akan dikreditkan secara automatik tanpa tunai kedalam MyKad penerima, bagi membolehkan penerima SARA membeli barangan runcit asas di bawah kategori produk yang diluluskan oleh pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
- Bagi penerima Sabah dan Sarawak:
- Pembayaran akan dilakukan Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pengkreditan ke dalam akaun bank.
SEMAKAN SARA ONE OFF RM600/SEMAK BANTUAN SARA ONE OFF
Panduan lengkap semakan status SARA 2024 di portal MyKasih adalah seperti berikut:
- Layari portal https://mykasih.com.my/
- Klik pada butang [SEMAK STATUS] untuk semakan SARA.
- Masukkan no. MyKad yang betul tanpa [-].
- Kemudian, klik butang [Semak Status].
- Status penerimaan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA ONE OFF RM600
Syarat kelayakan bantuan tambahan SARA adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan
- Lulus dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan bantuan SARA MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
Portal rasmi : https://mykasih.com.my/.
Telefon : 03-7720 1800
e-Mel : [email protected]