TERKINI AGROBANK PERKENALKAN AGROPUTRA BANTU USAHAWAN KECIL
TERKINI AGROBANK PERKENALKAN AGROPUTRA BANTU USAHAWAN KECIL
Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, AgroPutra bertujuan membantu usahawan Bumiputera dalam industri agromakanan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Program pembiayaan itu dirancang dengan teliti bagi memastikan usahawan Bumiputera menerima sokongan kewangan yang diperlukan untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Agrobank memperkasa usahawan Bumiputera melalui inisiatif baharunya, Program Pembiayaan Usahawan Bumiputera Agromakanan (AgroPutra) dengan memperuntukkan dana pembiayaan sebanyak RM200 juta.
BACA JUGA DI SINI : JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2024
SKIM AGROPUTRA
Skim AgroPutra ini terbahagi kepada dua kategori iaitu :
- AgroPutra Niaga
- AgroPutra Tunas.
AGROPUTRA NIAGA
AgroPutra Niaga adalah pembiayaan untuk merangsang pertumbuhan perniagaan sedia ada usahawan Bumiputera dalam kategori mikro dan kecil.
Terutamanya kepada golongan yang terbabit dalam :
- Rantaian bekalan makanan
- Pengeluaran sumber makanan
- Pemprosesan
- Pengedaran
- Pemasaran, dan perkhidmatan penyediaan makanan.
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan bagi AgroPutra Niaga adalah sehingga RM500,000 dengan minimum pembiayaan sebanyak RM50,000.
Tengku Ahmad Badli Shah berkata, ada segelintir individu yang mempunyai minat dan ingin mula bertatih dalam sektor perniagaan, namun tidak tahu mendapatkan pembiayaan.
“Masalah seperti akses kepada bantuan kewangan menjadi penghalang kepada mereka.
AGROPUTRA TUNAS
AgroPutra Tunas adalah kepada usahawan Bumiputera mikro yang baru, termasuk graduan, untuk memulakan perniagaan dalam bidang penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan makanan.
“Contoh perniagaan adalah termasuk kafeteria, perniagaan makanan sejuk beku, pusat pemprosesan makanan dan katering.
“Untuk AgroPutra Tunas, usahawan layak menerima pembiayaan sehingga RM50,000 dengan minimum pembiayaan sebanyak RM5,000,” katanya.
AgroPutra Tunas bukan sekadar program pembiayaan, tetapi turut menganjurkan bimbingan keusahawanan bagi membolehkan usahawan baru ini mendapat pengetahuan dalam pengendalian perniagaan dengan lebih baik.
CARA MOHON AGROPUTRA
Buat masa ini permohonan belum lagi di buka.Pada yang berminat sila layari portal AGROBANK untuk perkembangan terkini mengenai Skim AgroPutra ini.
Dengan pelancaran AgroPutra, Agrobank komited untuk memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam sektor agromakanan yang menjadi pemacu penting dalam ekonomi Malaysia.
Pembiayaan AgroPutra ini juga boleh dimohon untuk pelbagai sektor yang berkaitan dengan makanan sama ada pengeluaran makanan daripada ‘upstream dan downstream’ seperti mereka yang terbabit dalam pengeluaran makanan, peruncitan, perusahaan kecil sederhana (PKS) dan peniaga mikro.