UJIAN DASS : TEKAN MENTAL HEALTH TEST DI SINI

UJIAN DASS : TEKAN MENTAL HEALTH TEST DI SINI

APA ITU UJIAN DASS?

DEPRESSION STRESS ANXIETY SCALE (DASS21) merupakan ujian saringan awal untuk menilai tahap Kemurungan, Kebimbangan dan Stres melalui simptom yang dialami oleh individu. Secara umumnya ujian ini hanyalah sekadar saringan awal.

Ramai yang tidak tahu mereka boleh menyemak tahap kesihatan mental dengan melakukan ujian minda sihat terlebih dahulu.

Ramai yang memandang rendah kepentingan menjaga kesihatan mental mereka sehingga ada yang mengalami depresi.

BACA JUGA DI SINI : BANTUAN KERAJAAN 2025

UJIAN DASS

Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) merupakan satu ujian sebagai panduan untuk mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.

DASS ini disediakan oleh Kementerian Public Health Malaysia.

Namun, perlu diketahui bahawa DASS merupakan bukan diagnosis.

Dengan ujian saringan ini, anda boleh mengetahui status kesihatan mental anda sama ada stree, risau atau depresi.

Ianya masih diperingkat saringan dan dengan itu, pengesahan diagnosa oleh pegawai perubatan masih diperlukan.

UJIAN DASS KKM ONLINE

Ujian minda sihat DASS ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja daripada salah satu pautan di bawah:

  1. DASS TETS KL – Diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  2. MENTAL HEALTH TEST LABUAN – Unit Psikiatri Hospital Labuan
  3. MENTAL TEST SABAH – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  4. Dass oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (diberikan rujukan ke klinik jika perlu) – UJIAN MINDA SIHAT JOHOR
  5. Lengkapkan kesemua soalan dan jangan luangkan terlalu banyak masa untuk memikirkan jawapan anda kerana tiada soalan betul atau salah dalam ujian DASS ini.

Sila jawab dengan jujur berdasarkan emosi semasa anda agar keputusannya menggambarkan situasi semasa diri anda.

ANALISIS KEPUTUSAN DASS

Keputusan ujian saringan minda sihat ini akan diberikan sebaik sahaja anda melengkapkan kesemua soalan yang diberikan.

Sekiranya keputusan ujian ini adalah tidak normal, anda boleh muat turun atau cetak keputusan ujian ini dan bawa ke mana-mana Klinik Kesihatan (KK) berdekatan anda untuk diagnosa lanjut oleh pegawai perubatan.

Tolong buang perasaan malu untuk dapatkan rawatan kerana tindakan anda akan menyelamatkan nyawa anda dan memastikan keadaan emosi anda terjaga.

Semak di sini skala analasis untuk mengetahui mental anda berada di tahap NORMAL atau PERLUKAN BANTUAN.

[ SKOR ANALISIS ]

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada ujian saringan minda sihat,terdapat beberapa lagi ujian yang anda boleh lakukan untuk mengetahui tahap kesihatan mental anda.

Rujuk di portal Sistem ePsikologi untuk ujian Psikologi anda : Sistem ePsikologi

Leave a Comment