WCE TOLL RATE : UPDATED TOLL RATE

WCE TOLL RATE : UPDATED TOLL RATE

Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping Selatan-Trong-Beruas akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 24 Julai ini.

WCE dalam kenyataan hari ini memaklumkan jajaran sepanjang 35.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac lalu oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Kutipan tol Seksyen 11 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

“Kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan bermula 94 sen hingga RM39.36,” menurut kenyataan itu.Rujuk kadar bayaran tol dibawah.

BACA JUGA DISINI :

  1. SEMAK KADAR TOL PLUS : KIRA BAYARAN TOL DISINI
  2. SEMAK KADAR TOL LPT : KIRA BAYARAN TOL DISINI
  3. CCTV HIGHWAY : SEMAK PAPARAN CCTV HIGHWAY DISINI

WCE TOLL RATE

Kadar bayaran tol untuk setiap jenis kenderaan boleh di semak melalui pautan ini KADAR TOL WCE.

CARA BAYARAN LEBUHRAYA WCE

Kutipan tol Seksyen 11 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan dan Lekir sahaja) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memastikan baki e-wallet dan kad Touch ‘N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau memuat turun aplikasi WCE App atau jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol, boleh hubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau emel di [email protected].


Pejabat Pengurusan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, Kompleks WCE, Jalan Meru/KU5,

Bandar Bukit Raja, 41050 Klang,

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3082 1999
Fax : 03-3082 1988

Leave a Comment