www.maij.gov.my BANTUAN PAKAIAN : MOHON DISINI

www.maij.gov.my BANTUAN PAKAIAN : MOHON DISINI

Bantuan pakaian sekolah merupakan salah satu skim bantuan pelajaran yang disediakan Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada pelajar yang kurang berkemampuan di Johor.

Bagi pelaksanaan bantuan sesi 2025, pihak pentadbiran telah membuat pengemaskinian sebagaimana berikut:

BACA JUGA DISINI : PERMOHONAN PRASEKOLAH 2025 : MOHON DISINI SEKARANG

OBJEKTIF MAIJ

  • Memantapkan masyarakat Islam tentang konsep Baitulmal, Zakat dan Wakaf.
  • Menjelaskan kepentingan Baitulmal, Zakat dan Wakaf di dalam merealisasikan sosio ekonomi Islam.
  • Memberi kesedaran kepada umat Islam akan pentingnya merebut peluang pembangunan bagi memajukan ekonomi Islam.

SYARAT BANTUAN PAKAIAN MAIJ

  • Warganegara Malaysia dan beragama ISLAM SAHAJA.
  • Anak kelahiran Johor atau menetap di dalam negeri Johor.
  • Pendapatan ibu bapa / penjaga tidak melebihi RM 400.00 Perkapita
  • (Pendapatan isi rumah dicampur dan dibahagi kepada tanggungan termasuk ibu bapa)
  • Permohonan untuk darjah 1 hingga darjah 5 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja.
  • Permohonan adalah melalui pentadbiran sekolah sahaja.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN PAKAIAN MAIJ

Tarikh permohonan dan penyerahan senarai nama:

Permohonan Online : 10 Julai 2024 hingga 01 Ogos 2024
Penyerahan senarai nama pelajar (Sekolah ke MAINJ Daerah & PPD/PPID) : 04 hingga 15 Ogos 2024

CARA MEMOHON BANTUAN PAKAIAN MAIJ/www.maij.gov.my BANTUAN PAKAIAN

Semak syarat kelayakan terlebih dahulu dan klik pautan >> Sistem permohonan Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ untuk membuat permohonan.

  1. Untuk permohonan pertama,pemohon ataupun penjaga terlebih dahulu perlu mendaftar di ruangan DAFTAR PENGGUNA.
  2. Pastikan pemohon ingat katalaluan,kod sekolah ataupun nama sekolah.
  3. Selepas mendaftar di ruangan daftar pengguna,pemohon boleh terus ke ruangan yang disediakan untuk membuat permohonan.
  4. Masukkan No.Kod sekolah ataupun nama sekolah.
  5. Masukkan kata laluan yang pemohon buat semasa di daftar pengguna.
  6. Klik “Masuk” untuk membuat permohonan.

RUJUK DISINI SAIZ UKURAN BAJU PELAJAR LELAKI & PEREMPUAN

SAIZ UKURAN BAJU BANTUAN PAKAIAN

MAKLUMAT LANJUT

Waktu Urusan Pejabat & Kaunter
Ahad – Rabu
(8.00 pagi – 4.00 petang)
Khamis
(8.00 pagi – 3.00 petang)
*Jumaat & Sabtu (Cuti)

Alamat Ibu Pejabat
MAJLIS AGAMA ISLAM
NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok ‘B’, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar, 80990,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Hubungi
07-2282929 Fax: 07-2238752

[email protected]

Leave a Comment